Friday, 24 May 2013

Jihad Di Jalan ALLAH

Assalamualaikum w.b.t

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.
Moga coretan ini mendapat keberkatan daripada ALLAH. InsyaALLAH :)

Mulanya saya membuat coretan ini memang sudah lama tetapi mugkin masa tidak sesuai. Jadi kini, Saya terasa ingin memulakan coretan saya. Saya bukanlah dari sekolah agama. Jadi, mungkin Ilmu saya masih di bawah lutut lagi. Tetapi hajat hati saya menulis adalah ingin berkongsi apa yang saya mampu dan mengingat kepada diri saya sendiri. Saya tidak membangga diri dgn tulisan saya. Jika ada salah dan silap, mohon untuk menegur. Dan maafkan saya untuk segala kekhilafan.Tulisan saya juga serba sedikit tentang kehidupan saya yang boleh dijadikan pengajaran. InsyaALLAH moga di permudahkan ~



Rasulullah S.AW bersabda :
          " Apabila ALLAH mencintai seorang Hamba, maka ALLAH akan mengujinya dengan bencana. Sekiranya dia sabar, maka ALLAH akan memilihnya dari sekiranya dia redha maka ALLAH akan mengutamakannya"

                Sabarlah , Syurga menantimu...
      Di saat diri makin diuji rasalah seperti ALLAH sedang memelukmu , makin berat ujian makin pelukan yang erat ALLAH berikan kepadamu.

Rasulullah S.A.W bersabda :
 "Sesungguhnya syaitan duduk menghadag anak adam pada semua jalan. Dia juga duduk menghadang pada jalan Islam dan dia berkata, "Adakah kamu harus memeluk Islam dan meninggalkan agama mu dan agama nenek moyangmu ? Lalu anak Adam menentangnya dan tetap masuk Islam. Kemudian, syaitan menghadang pada jalan hijrah , dan berkatalah syaitan , "Adakah kamu akan meninggalkan bumi dan langit kelahiranmu ?
Lalu anak Adam itu menentangnya dan tetap berangkat Hijrah. Kemudian , syaitan menghalang pada jalan jihad, dan dia berkatalah " Adakah kamu akan berjihad, sedang dia adalah kebinasaa diri dan harta benda. Engkau berperang lalu kamu dibunuh. Semua perempuanmu dikahwini orang dan harta mu dibahagi-bahagikan."
Lalu anak Adam menentangnya dan tetap berjihad. Dan bersabda lagi Rasulullah S.A.W
         " Mka sesiapa yang mengerjakan semua itu lalu mati. maka sungguh ALLAH memasukkanya ke dalam syurga "
     Sekarang dirimu pada jalan ALLAH. Jihad lahh kerana ALLAH.

Itulahh sisipan daripadanya yang tabah orangnya :) Ini yang diberinya kepada ku. Alhamdulilah keadaan nya semakin sihat. Semoga mu sentiasa sabar dgn jalan ALLAH. Terima Kasih dengan pembakar semangat ini. Mungkin apa yang kita hadapi takdir ALLAH kepada kita. Mungkin ada sesuatu yang ingin tunjukkan. Kita bersabar kerana ALLAH. Kita mesti percaya kan ALLAH 100%. Ujian ini seperti hanya dijentik. Kita tak layak masuk ke syurga jika kita tak mampu menanggung dugaan ini. Terima kasih Teman sehaluanku ~

 Sebelum saya akhiri coretan saya, Saya ingin tambah sedikit:

      Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Dikatakan kepada nabi saw: apakah yang menyamai pahala jihad pada jalan Allah? Nabi menjawab: “Kamu tidak mampu (mengetahuinya)”. Berkata lagi dengan soalan yang sama dua kali atau tiga kali. Semuanya dijawab: “Kamu tidak mampu (mengetahuinya)”. Namun nabi menjawab kali ketiga: “Bandingan orang yang berjihad di jalan Allah, ialah seperti orang berpuasa dan bangun malam yang khusyuk membaca ayat Allah, tidak berbuka puasa dan tidak putus dari mendirikan solat malam, sehingga orang yang berjihad di jalan Allah itu kembali”. (Sahih Muslim: 4977)

Kita tiada masa.

Kita terlalu kesuntukan masa.

Cukuplah untuk dunia.

ALLAH rindukan kita. Kerana itu Ujian menimpa kita. Sedarkah kita tentang perkara itu ?

Jika nyawa kita di cabut, Mahukah kita berdepan dgn ALLAH dgn hanya berbekal sedikit amalan ?

ALLAH sudah laksana tanggungjawab-Nya.

KITA ? Tepuk Dada, Tanya Iman. Sama sama kita mencari keredhaan ALLAH amin~

Assalamualaikum :)